GAME114
Polisi privasi
Dikemas kini: 11 September 2026
Game114 ialah permainan pembelajaran surah. Kita boleh bermain sebagai tetamu, atau log masuk untuk membawa rekod permainan ke peranti lain. Hubungan pengurusan dan privasi: fazrul.ismail@gmail.com.
Maklumat yang digunakan
Login Google meminta pengecam akaun, alamat e-mel dan profil asas, seperti nama serta gambar profil jika disediakan Google. Maklumat ini diproses oleh Supabase untuk mengesahkan identiti dan mengurus akaun. Game114 tidak meminta kata laluan Google, kandungan Gmail, fail Google Drive atau senarai kenalan.
Login melalui kod e-mel menggunakan alamat e-mel dan kod pengesahan. Rekod permainan merangkumi pengecam pemain, nama paparan pilihan, baki nyawa, level avatar, surah selesai, jelajah, tahap serta rekod pencapaian dan masa permainan.
Tujuan dan akses
Apabila kita memilih sambungan Bangkit ID, Game114 menghantar nama, email yang disahkan dan pengecam akaun kepada JomBangkit untuk menyambungkan rekod peserta. Token login Google dan Supabase tidak dihantar kepada JomBangkit. Sambungan ini tidak memberikan akses kursus berbayar atau hak admin secara automatik. Sesi kedua-dua laman diurus berasingan; log keluar pada setiap laman apabila menggunakan peranti bersama.
Maklumat akaun digunakan untuk log masuk, keselamatan sesi dan menyambungkan rekod pemain. Kemajuan digunakan untuk menyimpan pencapaian dan menyambung penggunaan pada peranti lain. Admin Game114 boleh melihat nama paparan dan rekod permainan bagi membantu pengurusan pemain.
Leaderboard ialah pilihan. Apabila kita memilih untuk menyertai, nama paparan, skor mingguan dan kedudukan boleh dilihat oleh semua pengunjung. Alamat e-mel dan pengecam akaun tidak dipaparkan pada leaderboard. Kita boleh memilih “Sembunyikan nama / Keluar” untuk menghentikan penyertaan dan menyembunyikan nama daripada semua minggu; sejarah skor terdahulu kekal dalam rekod peribadi.
Penyertaan kumpulan melalui kod ialah pilihan berasingan. Ahli kumpulan, termasuk fasilitator, boleh melihat nama paparan, skor, kedudukan dan masa kemajuan cabaran terakhir sesama ahli. Kod diberikan kepada fasilitator untuk dikongsi dengan peserta yang dijemput. Alamat e-mel dan pengecam akaun tidak dipaparkan. Apabila ahli keluar, nama dan sumbangannya disembunyikan daripada kumpulan; jika menyertai semula, skor terdahulu dipaparkan kembali. Fasilitator kekal sebagai ahli kumpulan kendaliannya.
Ruang kefahaman menyimpan cubaan menjawab, ketepatan jawapan pertama, hasil semakan terakhir dan jadual ulang kaji. Pemilihan misi amalan, status catatan kendiri dan refleksi disimpan pada akaun; pengguna boleh mengosongkan misi serta refleksinya. Rekod pembelajaran ini tidak mengubah mata pertandingan, level atau nyawa.
Perkongsian ringkasan kefahaman dimatikan secara lalai. Pengguna boleh menghidupkannya untuk setiap kumpulan. Hanya fasilitator kumpulan tersebut boleh melihat ringkasan tahap dan keperluan ulang kaji bagi surah cabaran; ahli lain tidak menerima ringkasan ini. Misi amalan serta teks refleksi peribadi tidak dikongsi. Pengguna boleh menghentikan perkongsian pada bila-bila masa; keluar kumpulan turut mematikannya.
Cabaran penanda aras menyimpan pilihan jawapan, kemajuan cubaan, keputusan dan lencana pada akaun. Rekod ini membolehkan pengguna menyambung cabaran pada peranti lain dan menyemak pencapaiannya sendiri. Keputusan cabaran ini tidak diterbitkan pada leaderboard atau dikongsi dengan kumpulan.
Data Google digunakan untuk fungsi akaun yang diterangkan di sini. Data tersebut tidak dijual atau digunakan untuk pengiklanan diperibadikan. Game114 tidak menggunakan data Google untuk melatih model AI umum.
Penyedia perkhidmatan
Google mengendalikan pengesahan Google; Supabase mengurus identiti dan sesi; infrastruktur Sites dan Cloudflare mengehos aplikasi serta rekod permainan; Resend menghantar e-mel pengesahan. Penyedia ini memproses maklumat yang diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan masing-masing. Pemprosesan boleh berlaku di luar negara tempat pengguna berada.
Kuki, simpanan dan keselamatan
Kuki digunakan untuk mengenali pemain tetamu dan sesi akaun. Pelayar juga menyimpan tetapan serta kemas kini permainan yang belum dihantar. Memadam data pelayar boleh memutuskan akses kepada rekod tetamu. Sesi akaun menggunakan kuki HttpOnly dan Secure pada laman produksi, dan akses rekod akaun disemak pada pelayan.
Rekod disimpan untuk mengekalkan akaun dan kemajuan; aplikasi tidak menetapkan tarikh luput automatik bagi rekod pemain. Log keluar menamatkan sesi pada pelayar dan tidak memadam akaun atau pencapaian.
Pilihan dan permintaan pengguna
Login adalah pilihan. Kita boleh menukar nama paparan atau log keluar pada halaman Akaun. Kebenaran Google boleh ditarik balik melalui sambungan akaun Google; tindakan itu tidak dengan sendiri memadam rekod Game114.
Untuk meminta akses, pembetulan atau pemadaman maklumat akaun dan rekod permainan, hubungi fazrul.ismail@gmail.com. Nyatakan e-mel akaun yang berkaitan; jangan sertakan kata laluan atau kod pengesahan. Identiti pemohon perlu disahkan sebelum maklumat akaun didedahkan atau dipadam.
Gunakan nama panggilan dan elakkan memasukkan maklumat sensitif. Kanak-kanak hendaklah menggunakan perkhidmatan ini dengan bimbingan ibu bapa atau penjaga. Sebarang perubahan amalan privasi akan dinyatakan melalui kemas kini halaman ini.