GAME114
Terma penggunaan
Dikemas kini: 11 September 2026
Terma ini menerangkan penggunaan permainan pembelajaran Game114 di game114.cc. Hubungi fazrul.ismail@gmail.com untuk pertanyaan atau laporan masalah.
Tujuan pembelajaran
Game114 membantu pembelajaran dan refleksi terhadap surah. Markah, nyawa dan level ialah mekanik permainan, bukan ukuran keimanan atau pengganti pembacaan al-Quran, tafsir dan bimbingan guru yang berkelayakan. Semak rujukan ayat dan laporkan kandungan yang memerlukan pembetulan.
Akaun dan kemajuan
Log masuk adalah pilihan. Akaun Google atau kod e-mel boleh digunakan untuk menyimpan rekod merentas peranti. Gunakan akaun sendiri, jaga keselamatan sesi dan log keluar pada peranti bersama. Kanak-kanak hendaklah mendapat bimbingan ibu bapa atau penjaga.
Rekod tetamu berkaitan dengan pelayar. Gunakan fungsi sambungan atau gabungan akaun yang disediakan untuk menyimpan pencapaian. Apabila membuka semula sesuatu surah, jelajah bermula pada tahap pertama; kelulusan surah dan bekal yang disimpan dikekalkan mengikut aturan permainan. Mulakan satu jelajah pada satu peranti pada satu masa.
Penggunaan yang wajar
Jangan cuba mengakses rekod orang lain, menyamar, memanipulasi rekod melalui permintaan tanpa kebenaran atau mengganggu perkhidmatan. Gunakan nama paparan yang sesuai dan elakkan maklumat peribadi sensitif.
Ketersediaan dan sokongan
Sambungan internet dan perkhidmatan pihak ketiga diperlukan untuk log masuk serta penyimpanan pelayan. Gangguan boleh menangguhkan penyimpanan. Jika mesej ralat muncul, semak status rekod sebelum menutup pelayar atau menukar peranti. Ciri dan kandungan boleh dikemas kini untuk pembaikan.
Privasi dan berhenti menggunakan
Cara maklumat diproses diterangkan dalam Polisi privasi. Kita boleh berhenti bermain atau log keluar pada bila-bila masa. Hubungi e-mel pengurusan untuk permintaan pemadaman akaun dan rekod. Log keluar atau menarik balik kebenaran Google tidak dengan sendiri memadam rekod permainan.